Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengecualikan kawasan luar bandar, malah penguatkuasaannya dipertingkat.
Dalam satu operasi baru-baru ini, seorang pemuda berusia 20 tahun dikompaun 1,000 ringgit kerana tidak mendaftar aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah premis di pekan Kuala Nerang.